Profil Trainer Neuronworks International Sdn Bhd

BERIKUT MERUPAKAN PROFIL TRAINER TRAINER YANG BERNAUNG DIBAWAH NEURONWORKS INTERNATIONAL SDN BHD

 

RIZAL RASHID
COMMUNICATION COACH | MASTER TRAINER

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan seorang jurulatih bertauliah daripada Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) Indonesia.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

Beliau merupakan anak Malaysia pertama yang bermentorkan Juara Dunia Public Speaking 2014, Dananjaya J. Hettiarachci. Beliau bertalaqqi secara berdepan dan one to one untuk menyedut segala ilmu #WORLDCLASS untuk dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Hasil dari berguru dengan ramai individu ternama dalam komunikasi serta pengalaman yang luas, beliau adunkan dan berjaya memformulasikan modul dan membina teknologi komunikasi berpengaruh pertama di Malaysia untuk sesiapa sahaja yang mahukan kejayaan. Beliau percaya, ‘success led by the power of communication’

Beliau merupakan founder dan pengasas bagi seminar komunikasi terbesar di Malaysia iaitu ‘Seminar Now Everyone Can Speak’ yang membariskan ramai speaker-speaker hebat seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Harith Iskander, Ustaz Don Daniyal dan ramai lagi

 
 
 

Dr. Ann Shafeera
PERSONA EXPERT | CO-TRAINER

Annshafeera Ibrahim ialah seorang trainer dan speaker daripada Neuronworks International Sdn. Bhd.

Merupakan seorang pensyarah di UiTM dan berpengalaman luas dalam bidang imej, penjenamaan peribadi (Personal branding) dan dining etiquette. Merupakan antara speaker utama dalam Seminar Now Everyone Can Speak (NECS) yang merupakan seminar komunikasi terbesar di Malaysia yang membariskan ramai speaker terhebat  seperti Pak Nil, Harith Iskander, Ustaz Don, Rizal Rashid dan ramai lagi.

Dengan pengalaman yang luas, beliau sering dijemput berkongsi kepakaran dan nasihat dalam bidang imej bersama para pemilik bisnes, usahawan, pelajar dan profesional dari dalam dan luar negara. Telah mendapat pengiktirafan sebagai Perunding imej profesional bertauliah (Certified Professional Image Consultant) dan (Certified Dining Etiquette Consultant) ini lebih suka dikenali sebagai ‘Persona Expert’. Beliau telah banyak membuat trabsformasi dari segi imej & persona kepada ramai usahawan, bisnes owner dan professional yang telah mendapatkan khidmat nasihat beliau.

 

ZAIM ZIN
CUSTOMER HERO | ASSOCIATE TRAINER

Mohd Hairulza’im Bin Md Zin atau dikenali Zaim Zin merupakan graduan Kulliyyah Of ICT, International Islamic University Malaysia (IIUM) lulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Beliau merupakan Pengamal Bertauliah NLP dan Pengamal Master Bertauliah NLP daripada National Federation of NLP (NFNLP), Florida, USA. Ditauliahkan juga sebagai CDPA (Certified DiSC Profile Analyser) dari Akademi DiSC Malaysia. Beliau juga merupakan ahli berdaftar Muslim’s Training Consultant & Motivational Malaysia Organization (TAMRIN) dan merupakan juga seorang Professional Learning Facilitator (PLF). Beliau pernah juga ditauliahkan sebagai jurulatih S.P.I.E.S oleh kerajaan Negeri Selangor.

Menelusuri lebih 10 tahun penglibatan dan pengalaman beliau dalam industri latihan dan motivasi di Malaysia, beliau telah memulakan langkah pertama secara serius dalam industri latihan sejak tahun 2007 dengan menubuhkan syarikat, Zhafran Management dan juga melalui penglibatan sebagai Junior Trainer di Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Beliau kemudian mengembangkan kerjaya sebagai pengurus latihan dan motivator di OneHeart Creative Solution. Beliau meneruskan membina pengalaman bekerja bersama syarikat Lighthouse Consulting (M) Sdn Bhd yang dimiliki trainer-trainer yang sudah lebih 20 tahun dalam industri pembinaan modal insan korporat sehingga akhir tahun 2015. Kini beliau mengasaskan sendiri syarikat yang dibawah nama Improve Learning & Training.

Antara syarikat yang pernah menerima khidmat beliau ialah National Agriculture Training Centre (NATC), PKNS,  MAINS, UniKL, KKMM, JPA, Felda, CTRM (Malaysia), Hospital Ampang, PPUM, TNB, Klinik Pergigian Perlis, Ranhill Water Services (RWS), Universiti Malaya, RISDA, INSPIN, First Solar, GreenTech Malaysia, Tenaga Cable Industry (TCI), dan banyak lagi.

HAKCIPTA TERPELIHARA NEURONWORKS INTERNATIONAL SDN BHD